Sejak seminggu dua ni, kejadian histeria dan aktiviti meracau kembali seperti mana tahun-tahun sebelumnya seperti datangnya musim bunga. Kisah-kisah aneh dan kelibat itu ini menjadi bualan ramai di sekolah. Kejadian histeria yang dialami oleh pelajar-pelajar dipandang sebagai fenomena yang dapat dimaafkan oleh semua pihak termasuklah warga pendidik dan pentadbir di sekolah. "Benda tu memang ada", "kat situlah tempat diorang(siapa lagi kalau bukan komuniti makhluk halus) lepak", "budak tu memang istimewa, dia boleh nampak benda-benda halus ni". Yang kelakarnya, kita semua akui, yang mengalami keadaan tersebut memang dari kalangan yang lemah semangat, atau menanggung beban masalah peribadi. Mungkin juga terlalu penat, mental maupun fizikal. Tapi kita masih juga merelakan diri kita dimomokkan dengan kewujudan hantu jembalang yang menyebabkan kacau bilau. Sesiapa juga yang pernah terlibat menguruskan mangsa-mangsa histeria dan racau pasti mempunyai cerita-cerita sendiri yang boleh dikongsi dengan rakan taulan. "Suara minah tu berubah suara garau", "tiga empat orang pegang dia tapi dia mampu meronta lagi, mesti dalam badan dia ada sesuatu", "bila di Yassin kan, dia siap ikut sama mengaji tu,eeeee".
Persoalannya, patutkah kita memberi terlalu banyak kredit kepada makhluk-makhlus halus ini sedangkan peranan mereka hanya kecil, membisikkan kata-kata jahat ke dalam fikiran. Selebihnya hanya reaksi si mangsa yang sebenarnya, tanpa dia sedari, telah memilih untuk membiarkan dirinya hilang kawalan diri. Dengan kata lain, si hantu yang sebenarnya mangsa sendiri. Ini seperti menganugerahkan kemenangan bagi kategori Pelakon Terbaik kepada pelakon tambahan, bukan pada pemegang watak utama. Ish ish ish......
