Menyelesaikan masalah memerlukan kemahiran. Kemahiran dipupuk
dari apa yang dipelajari melalui pengalaman serta latihan. Pengalaman yang
diambil iktibar tidak semestinya pengalaman individu itu sendiri, malahan boleh
berdasarkan pengalaman orang lain. Manakala latihan adalah penting bagi
mempertajamkan lagi keberkesanan seseorang itu mengatasi sebarang permasalahan
dengan lebih segera dan baik.
Menyelesaikan masalah memerlukan individu melalui beberapa
langkah. Langkah pertama adalah mengenal pasti masalah sebenar. Langkah kedua, membentangkan
opsyen-opsyen yang dirasakan mampu mengatasi masalah tersebut. Langkah ketiga
adalah mempertimbangkan dengan teliti kelebihan dan risiko yang bakal berlaku
sekiranya setiap opsyen tersebut diguna pakai. Langkah terakhir pula,
melaksanakan tindakan atasi masalah menggunakan opsyen yang dipilih. Sudah tentulah
pada situasi-situasi tertentu, terdapat langkah-langkah tersebut boleh
dilangkaui. Namun begitu, sekiranya kemahiran ini dikuasai, seseorang itu akan
mampu melakunya melalui setiap langkah walaupun pada masa yang mendesak.
Masa kini, di zaman yang penuh cabaran era baru, kemahiran
menyelesaikan masalah bukan lagi kelebihan individu hebat atau istimewa, tetapi
perlu dimiliki oleh semua orang.
No comments:
Post a Comment